NIESSA CATALYST

NIESSA CATALYST

Monday, May 21, 2012

OBESITI!!

Kebelakangan nie rajin sangat pulak menelaah majalah Rapi, but i am one of this magazine fans. dah lama beli & baca this magazine & mmg banyak benda kiter leh pelajari especially when it's regarding with our healthy & life style.. dah tiba masa nya kOt saya share some infor utk kebaikan bersama .. (^_^) .. April nyer issue mmg best & saya rasa penting sbb Malaysian sekarang mmg tgh struggling dgn this problem kan..


Apa itu Obesiti??..
Obesiti berlaku apabila berlakunya pengumpulan lemak dalam badan. ia bukan satu penyakit. Walaubagaimanapun ia lebih dan sangat berbahaya. Ini kerana obesiti merupakan indikator kepada seragnan penyakit -penyakit seperti serangan jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, sakit belakang dan strok. Obesiti mempunyai tiga kelas yang dapat diukur melalui BMI seseorang.


KELAS
UKURAN BMI
KELAS 1
30 – 34.9
KELAS 2
35 – 39.9
KELAS 3
Ukuran BMI melebihi 40


ATASI DARI AWAL
Masalah ini sebenarnya boleh diatasi dari awal. Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan menjaga pemakanan. Amalkan pemakanan sihat dan seimbang mengikut piramid makanan di Malaysia. Kalau boleh elakkan makanan yang tinggi kolestrol dan lemak serta perbanyakkan pengambilan makanan yang lebih tinggi sumber serat seperti buah - buahan dan sayuran.

Piramid Makanan Malaysia
http://online.mdpekan.gov.my/online/esumber/kesihatan/piramid_makanan_malaysia.pdf
 6 LANGKAH ELAK OBESITI
 
1. Catat setiap makanan yang dimakan setiap hari.
~ supaya dapat mengawal makanan yang diambil  setiap hari dengan lebih baik.
2. Pastikan kualiti makanan.
3. Minum air putih secukupnya.
~ Mereka yang minum air putih secukupnya akan mendapati tahap kalori mereka lebih rendah berbanding mereka yang kurang air.  
4. Ambil sarapan pagi.
~ menu yang diambil setiap pagi sgt penting kerana dapat membantu meningkatkan metabolisma seterusnya membantu membakar kalori pada kadar optimum.
5. Tidak makan sambil membuat pelbagai kerja.
~ akan mendorong untuk terus suap makanan tanpa sedar kuantiti yang telah diambil.
6. Pilih pencuci mulut rendah kalori.




No comments:

Post a Comment