Apa itu Obesiti??..
Obesiti berlaku apabila berlakunya pengumpulan lemak dalam badan. ia bukan satu penyakit. Walaubagaimanapun ia lebih dan sangat berbahaya. Ini kerana obesiti merupakan indikator kepada seragnan penyakit -penyakit seperti serangan jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, sakit belakang dan strok. Obesiti mempunyai tiga kelas yang dapat diukur melalui BMI seseorang.
KELAS
|
UKURAN BMI
|
KELAS
1
|
30 –
34.9
|
KELAS
2
|
35 – 39.9
|
KELAS
3
|
Ukuran
BMI melebihi 40
|
ATASI DARI AWAL
Masalah ini sebenarnya boleh diatasi dari awal. Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan menjaga pemakanan. Amalkan pemakanan sihat dan seimbang mengikut piramid makanan di Malaysia. Kalau boleh elakkan makanan yang tinggi kolestrol dan lemak serta perbanyakkan pengambilan makanan yang lebih tinggi sumber serat seperti buah - buahan dan sayuran.
![]() |
Piramid Makanan Malaysia http://online.mdpekan.gov.my/online/esumber/kesihatan/piramid_makanan_malaysia.pdf |
~ supaya dapat mengawal makanan yang diambil setiap hari dengan lebih baik.
2. Pastikan kualiti makanan.
3. Minum air putih secukupnya.
~ Mereka yang minum air putih secukupnya akan mendapati tahap kalori mereka lebih rendah berbanding mereka yang kurang air.
4. Ambil sarapan pagi.
~ menu yang diambil setiap pagi sgt penting kerana dapat membantu meningkatkan metabolisma seterusnya membantu membakar kalori pada kadar optimum.
5. Tidak makan sambil membuat pelbagai kerja.
~ akan mendorong untuk terus suap makanan tanpa sedar kuantiti yang telah diambil.
6. Pilih pencuci mulut rendah kalori.
No comments:
Post a Comment